Wednesday, December 12, 2012

usia sia-sia

lagi 2 minggu genap 4 tahun merantau di perlembahan nil ni. dah 2/3 perjalanan, lagi sikit dah nak habis. tapi jiwa dan diri tak rasa terisi langsung lagi. tak banyak perkara berfaedah dibuat, selain rutin harian sama yang tak berubah-ubah.

nampak sangat usia tak berkat, masa berlalu sia-sia berbanding hidup kawan-kawan lain kat sini.

ada yang dah lama habis 30 juzuk belajar quran bersanad
ada yang dah hafal 40 matan arba'in
ada yang dah masyi giler arab ammi, sampai boleh ambil patient history arab dari mana-mana ceruk kampung pun
ada yang puluh-puluh kali keluar masuk OT tengok operation
ada yang dah boleh baca dan ajar kitab arab kat kawan-kawan
ada yang 4 tahun jadi aktivis persatuan, jadi pimpinan menyumbang kat orang

***

masa seharian
tidur sahaja 8 jam.
online 5 jam
kuliah 5 jam
siap diri makan masak semua 1 1/2 jam
main game sembang jalan-jalan kerja persatuan 4 1/2 jam baki

target study 2 jam. mana?
target hafal quran 1 jam. bungkus...
target mengulang 1/2 jam. tak jalan...
target membaca 1 jam. ke laut.

kena tukar
tidur 1 jam siang, 4 jam malam
online(laptop) 3 jam
main game? seminggu sekali cukup.
bereh, jimat 5 jam lebih.


bila ada sahaja target, perlu dalam kepala menjurus kepada target tersebut. segala yang mengalih perhatian dan fokus mesti diketepikan.
tapi nak capai apa nak jadi apa pun tak tau, macam mana tu?


No comments:

Post a Comment