Tuesday, May 21, 2013

ilmu itu dua

kalam imam syafie r.h.

"ilmu itu ada dua- [1]ilmu fiqh bagi urusan kehidupan seharian, dan [2]ilmu perubatan bagi urusan jasad manusia"

selalu diungkapkan naqib masa tahun-tahun awal dulu.

semasa belajar perubatan ni, barulah nampak sikit-sikit apa yang imam syafie sebutkan.

cabang ilmu ni hanya dua.

ilmu fiqh adalah untuk pengurusan kehidupan seharian, membabitkan hal-hal luaran seorang insan secara individu mahupun secara kolektif. ilmu fiqh berkaitan syariat dan tujuan utama syariat adalah penunjuk jalan ke arah segala hal kebaikan dunia dan akhirat. salah silap dalam soal fiqh, cacatlah perjalanan kehidupan manusia seharian.

ilmu perubatan pula berkaitan hal dalaman manusia. sistem-sistem dalam tubuh badan manusia tak ubah seperti sistem yang ada diaplikasikan dalam dunia kemasyarakatan manusia. ada pengawalnya, ada petugasnya dan ada pentadbirnya dalam bahagian sistem tubuh badan manusia. kerosakan di mana-mana bahagian dalam sistem akan memberi kesan kepada sistem jika tidak dibaiki.

perkaitan antara ilmu fiqh dan ilmu perubatan amat rapat. sistem dalam badan sudah serba serbi lengkap sebagaimana lengkapnya penciptaan seorang manusia. dan dunia hari ini menyaksikan kemunculan pelbagai penyakit maka pelbagai teknologi tercipta untuk mengubati penyakit yang ada.

aplikasi ilmu fiqh dalam sistem kemasyarakatan juga begitu. pelbagai sistem dan teori diperkenalkan untuk menjaga kelancaran perjalanan masyarakat seharian.

jadi nak katanya ahli perubatan dan ahli fiqh yang menguasai bidang masing-masing, boleh menyeimbangkan kesempurnaan sistem dalaman dan luaran manusia, dalam membantu memulihkan dan membangunkan kerosakan yang berlaku dalam dunia hari ini.



No comments:

Post a Comment