Saturday, April 18, 2015

Tiada apa mahu dikata

Bermain di laman sambil menyorok, katanya tawadhuk. Merendah diri tak suka di puja puji.

Jauh di lubuk hati, cuma mahu mengelak daripada memperkata yang benar takut nantinya dibenci.

Ataupun mungkin, kepalanya pusing. Tidak bersandar pada apa, cuma nafsu emosi. Jika mula berkata, yang nampak bodoh, sombong dan jahil cuma sendiri.

Akhirnya, tetap mencari lubuk sunyi. Bermain kata, dari hati.

Thursday, December 11, 2014

ruang

lama
bertempel di sudut usang

sesekali
tercium bau hangit
gegak suara tempik
dongak ke luar sebentar

terpaku
menunggu
nafas baru

Tuesday, May 21, 2013

ilmu itu dua

kalam imam syafie r.h.

"ilmu itu ada dua- [1]ilmu fiqh bagi urusan kehidupan seharian, dan [2]ilmu perubatan bagi urusan jasad manusia"

selalu diungkapkan naqib masa tahun-tahun awal dulu.

semasa belajar perubatan ni, barulah nampak sikit-sikit apa yang imam syafie sebutkan.

cabang ilmu ni hanya dua.

ilmu fiqh adalah untuk pengurusan kehidupan seharian, membabitkan hal-hal luaran seorang insan secara individu mahupun secara kolektif. ilmu fiqh berkaitan syariat dan tujuan utama syariat adalah penunjuk jalan ke arah segala hal kebaikan dunia dan akhirat. salah silap dalam soal fiqh, cacatlah perjalanan kehidupan manusia seharian.

ilmu perubatan pula berkaitan hal dalaman manusia. sistem-sistem dalam tubuh badan manusia tak ubah seperti sistem yang ada diaplikasikan dalam dunia kemasyarakatan manusia. ada pengawalnya, ada petugasnya dan ada pentadbirnya dalam bahagian sistem tubuh badan manusia. kerosakan di mana-mana bahagian dalam sistem akan memberi kesan kepada sistem jika tidak dibaiki.

perkaitan antara ilmu fiqh dan ilmu perubatan amat rapat. sistem dalam badan sudah serba serbi lengkap sebagaimana lengkapnya penciptaan seorang manusia. dan dunia hari ini menyaksikan kemunculan pelbagai penyakit maka pelbagai teknologi tercipta untuk mengubati penyakit yang ada.

aplikasi ilmu fiqh dalam sistem kemasyarakatan juga begitu. pelbagai sistem dan teori diperkenalkan untuk menjaga kelancaran perjalanan masyarakat seharian.

jadi nak katanya ahli perubatan dan ahli fiqh yang menguasai bidang masing-masing, boleh menyeimbangkan kesempurnaan sistem dalaman dan luaran manusia, dalam membantu memulihkan dan membangunkan kerosakan yang berlaku dalam dunia hari ini.



Macam mana nak buat


Masa exam ni memang suatu masa yang sesuai untuk membersihkan sesawang di sini.hoho

***

Macam mana nak buat tugas jika apa yang diberi itu sesuatu yang petugas tersebut tak suka diri dia jadi begitu, dan dikenali dengan tugas itu.

Nak laksanakan tugas asas pun akan jadi berat, malahan lagi nak fikirkan pendekatan baru dan inovasi dalam gerak kerja.

Ramai pekerja yang bersikap begini walaupun dia tahu dia tidak patut bersikap sebegini, jika dia ingin jadi seorang pekerja dan menikmati hasil gaji kerjanya nanti.

Mahu tidak mahu, dua cara perlu diambil untuk menangani situasi sebegini;
  1. Tukarkan pekerja tersebut dengan kerja yang diminati, mengikut kemahiran dan keperluan semasa.
  2. Fahamkan pekerja untuk menjiwai kerja masing-masing. Dalam bentuk galakan, tunjuk ajar dan nasihat.

Contoh masa nak berdakwah;

Gerak kerja perlahan, terbengkalai dan sambil lewa.

Tidak memikirkan idea penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif.

Walaupun masing-masing faham kewajipan amar makruf nahi mungkar, tapi masing-masing tidak mahu dibenci oleh kawan-kawan atau masyarakat apabila melaksanakan amar makruf nahi mungkar

Hanya sebilangan sahaja yang sanggup, dan mampu menjiwai dan menerima sepenuhnya tugas walaupun tugasan itu adalah yang tidak disukai. Inilah antara petanda ikhlas.

Friday, January 25, 2013

falsafah budak-budak pasal bola

bola futsal saiz 4
bola padang saiz 5

bola futsal berat 
bola padang ringan

bola futsal main dalam gelanggang getah atau simen
bola padang main atas padang rumput

bola futsal mudah nak stop ball, control
bola padang mudah terlepas, teknikal kena cekap

bola futsal 'susah melantun bila jatuh'
bola padang melantun tinggi bila jatuh

**

lama tak main bola padang. dulu masa sekolah, setiap hari waktu petang-petang main atas padang. balik rumah masa cuti penggal pun, main kat padang belakang rumah pulak. 

perasaan dia puas giler. lari laju-laju jauh-jauh bawa bola sampai hujung padang, sliding tackle seluar tak koyak, jatuh tak luka, boleh main berkaki ayam je. kalau hujan, lagi syok. jadi bertukar permainan kepada ragbi, gusti takpun polo air.fuhh

sekarang dah berapa tahun tak main bola padang, main futsal je. rindu pulak nak main atas padang. hidu bau rumput, kalau main pagi-pagi rumput tu basah lagi dengan air embun.

dah lama main futsal, kekok dah rasanya kalau main bola padang sekarang ni. kalau orang ajak pun malas, stamina dah tiada.

**

“I don't measure a man's success by how high he climbs but how high he bounces when he hits bottom.” 
-- George S. Patton

rasa dah jadi macam 'bola futsal'

Wednesday, January 2, 2013

dulu-dulu


orang kata zaman kanak-kanak paling indah
zaman kanak-kanak waktu hidup paling berfitrah
paling bebas
tiada amanah
zaman kanak-kanak, apa yang kita nak, itulah kehendak batin dan lahiriah
kalau kita nak, memang kita cuba dapatkan
contoh paling mudah, nak permainan
mak ayah tak nak bagi, tapi kita nak jugak
kita akan mintak
sampailah kita dapat

tapi
tu masa kanak-kanak
bila makin besar ni, semua berubah.
rasa dah jauh dari fitrah

dan masa kecil dulu ada satu cita-cita. yang aku pegang bertahun-tahun, tiap kali disoal pak cik mak cik saudara, itulah jawapan aku. tak pernah berubah. "saya nak jadi JURUTERBANG JET PEJUANG"

kenapa juruterbang? dan kenapa juruterbang jet pejuang?

persoalan tu, hari ni aku akan cari balik.



Wednesday, December 19, 2012

sejuk betul pagi ni

seminggu dua ni jadual hidup berterabur sangat, dan ambil masa 2 minggu untuk tersedar. kesilapan sama tiap tahun bila saja bertukar musim- sejuk ke panas, panas ke sejuk.

rata-rata pelajar non-proaktif dan suka beralasan akan terperangkap dalam fasa ni. ada yang berjaya terlepas dari cycle ni, tapi ada yang kekal bertahun-tahun dalam keadaan dah sedar mahupun tidak sedar dia sedang terperangkap.

antara kesan ke atas mangsa:
- jadual tidur berubah-ubah
- jadual makan berubah-ubah
- ibadah terabur
- kelas terponteng
- ada masa kosong yang tak tahu nak buat apa, sebab malam yang panjang(musim sejuk)
- kitaran biologi tak stabil-->emosi tak betul-->motivasi hilang-->down-->other consequences termasuklah gagal dalam pelajaran

dah dapat kesan ada pelajar baru yang nak masuk cycle ni. harap tak jadi macam kat senior-senior yang lepas.