"rekod baru dunia!"
"lagi rekod olimpik dipecahkan!"
olimpik London2012 sudah berlalu, terasa mahu menitipkan sesuatu sementara terlintas di fikiran. ada beberapa kejadian dan situasi berkait dari olimpik yang bermain di benak, walaupun edisi kali ini sangatlah kurang saya mengikuti perkembangan acara-acara yang dipertandingkan.
kehambaan kepada Tuhan
terasa untuk mengikuti acara paling diminati abah dalam sesuatu kejohanan sukan, lebih-lebih lagi kejohanan berprestij sebegini. acara pecut 100m lelaki.
setelah melihat prestasi semasa pusingan kelayakan, ramai menjangkakan 'raja pecut dunia' usain bolt akan mempertahankan pingat emas olimpik 2008 dan dikata-kata sekali lagi akan memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara final nanti. beliau menepati ramalan untuk menjuarai acara 100m lelaki dan berjaya memperbaharui rekod olimpik acara tersebut.
di penghujung acara, saya tertarik dengan celebration usain bolt setelah menamatkan lariannya. setelah gaya celebration yang biasa dilihat sebelum ini- ala-ala hulk hogan saya kira, usain bolt sujud ke tanah mencium balapan. dari setinggi-tinggi tempat dan pencapaian, ditundukkan kepala mencecah tanah lebih rendah daripada punggung sendiri.
sememangnya rasa kehambaan dalam diri itu adalah fitrah manusia, tidak kira kita sudah mengucap syahadah atau belum menemui hidayah.
mereka di puncak
semua orang kagum dengan atlit yang berjaya merangkul emas olimpik. rata-rata melihat kepada pencapaian pingat emas, perak dan gangsa itu yang meletakkan mereka sebagai yang terbaik antara semua atlit, antara semua negara yang ada, dan antara benua di dunia.
tetapi yang perlu lebih disingkap, adalah perjalanan mereka sebelum mereka dikalungkan emas di pentas olimpik. melalui cerita-cerita di laman internet, semua sang juara ada kisah tersendiri.
ada yang sejak kecil sudah dihantar ke pusat sukan kemudian saban hari dilatih fizikal dan mental secara brutal, dengan target untuk menjadi juara dunia. hinggakan ada yang mengalami kecederaan serius semasa latihan keras, dan terpaksa mengubati diri dan emosi untuk kembali menjalani latihan dalam misi menjadi juara dunia.
kita yang menyaksikan, bersorak di bawah
latihan, susah payah, kesakitan, masa yang terbuang, jatuh bangun, motivasi dan semangat mereka 100x ganda lebih daripada kita yang yang hanya meletakkan target sekadar wakil sekolah, kampus atau universiti ini.
pantulkan kepada salah satu episod daripada episod-episod kehidupan sendiri, bersukan. apabila bersukan, mahu sekadar juara antara rakan. diminta berlatih oleh guru, diberi pelbagai alasan kerana tidak mahu terbeban dengan latihan demi latihan. hasilnya, lahirlah seorang lagi jaguh kampung yang kecundang di pentas luar kawasan.
begitulah kita. tidak kira bersukan, belajar mahupun berdakwah. jadi, akan ke manakah kita? tidak akan ke mana-mana.
pada masa ini, tidur itu memang selesa tapi bangkitlah sebelum kita terbangun daripada tidur yang pasti menjemput, kemudian dibangkitkan untuk disoal segala yang dipertanggungjawabkan.

No comments:
Post a Comment