Monday, September 10, 2012

bersungguh-sungguhlah

Kisah manusia biasa yang berusaha secara luar biasa, sering menggetarkan jiwa yang membaca. Lebih-lebih lagi mereka yang mahu berjaya tetapi usahanya sambil lewa sentiasa.

***
Fadhilatus Syaikh Ali Jum’ah meletakkan kemestian kepada dirinya dan anak-anak didiknya untuk bekerja dan berkhidmat selama 20 jam sehari, bermakna waktu tidurnya hanya 4 jam sehari. Sudah bertahun-tahun perkara ini dilaksanakan oleh beliau. 

Fadhilatus Syaikh juga di dalam jadual hariannya akan membaca buku tidak kurang dari 8 jam sehari.

Beliau juga memiliki perpustakaan peribadi yang mana keluasannya adalah tidak kurang dari 5 buah rumah.

Sekiranya timbul persoalan dan isu yang perlu dijawab, Fadhilatus Syaikh akan mencari sekurang-sekurangnya 40 buah buku rujukan dalam bab berkaitan untuk dijadikan sumber maklumat beliau sebelum mengeluarkan pandangan.

Fadhilatus Syaikh pernah pergi menetap di Padang Pasir selama 6 bulan, semata-mata untuk melihat dan mengetahui sendiri secara tepat apakah itu “Fajar Sodiq”.

***
Tak kira apa bidang kita sekalipun, kena bersungguh. Sebagai murid, kenalah ambil iktibar dan pelajaran daripada Fadhilatus Syaikh.

p/s:
-maklumat adalah daripada ucapan beberapa murid terdekat Fadhilatus Syaikh.

No comments:

Post a Comment