Syeikh Ali Jumaah(mufti Mesir sekarang)
Mula mengenali nama beliau tidak lama selepas menjejakkan kaki ke Mesir, melalui cerita naqib di dalam usrah semasa menceritakan berkenaan kelebihan menuntut ilmu di Mesir dan ulama-ulama yang ada di Mesir.
Masih ingat lagi antara ceritanya,
"Pernah ditanyakan kepada Syeikh Ali Jumaah, siapakah ulama yang betul-betul berkemampuan mengeluarkan ijtihad dan bertaraf mujtahid pada zaman ini? Lalu Syeikh mengatakan yang pertama Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, yang kedua Dr Said Ramadhan Buti. Kemudian ditanyakan siapakah gerangan yang ketiga, namun beliau hanya mendiamkan diri. Maka fahamlah si penyoal bahawa gerangan yang ketiga adalah Syeikh Ali Jumaah dan beliau tidak mahu menyebut namanya sendiri."
***
Syeikh Ali Jumuah mula mendalami ilmu agama pada umur 24 tahun selepas mendapat ijazah kuliah perniagaan. Beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, dan menetap di sebuah perpustakaan di Medan Lubnan selama 5 tahun. Dikatakan beliau tidak keluar daripada perpustakaan tersebut melainkan untuk pulang bercuti atau ke kelas agama.
Syeikh Yusri(ulama dan pakar bedah)
Seorang lagi ulama yang sering disebut-sebut namanya terutamanya oleh mahasiswa bukan beraliran agama di sini. Keistimewaan beliau adalah menguasai kedua-dua bidang aliran agama dan sains. Beliau berketurunan Rasullah sallallahu 'alaihi wasallam. Mengajar hadith di kelas pengajian agama dan bekerja sebagai seorang pakar bedah di hospital dalam hari yang sama.
Beliau menjadi contoh teladan bagi kebanyakan pelajar perubatan di sini.
***
Syeikh Yusri Rushdi pula mula mendalami ilmu agama setelah mendapat kesedaran ketika beliau berada di tahun ketiga kuliah perubatan Universiti Cairo. Beliau mula menghafal Al-Quran ketika berusia awal 20-an, mengikuti kelas-kelas agama sambil meneruskan pengajian dalam bidang pakar hingga ke peringkat PhD dalam bidang pembedahan.
Jika di tanah air, kisah yang feymes mestilah berkenaan Ustaz Azhar Idrus. Beliau pun mula mendalami ilmu agama bermula umur 20-an.
Kesimpulannya, menuntut Ilmu tidak mengenal kalimah akhir, biarpun sudah berumur, terlalu banyak yang perlu dipelajari, terlalu jahil tentang agama. Kerana ilmu diberi oleh Allah, bukan usaha manusia semata, sesiapa yang berniat dan berusaha keranaNya, maka pintu ilmu dibuka seluas-luasnya.

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ” (Al-Baqarah, 269)
No comments:
Post a Comment