Thursday, October 25, 2012

hospital 5

Lampu wad 5D sudah hampir 2 jam dipadamkan. Tapi ammu gamil dengan aku belum dapat melelapkan mata. Masing-masing masih berguling ke kiri dan ke kanan sambil mengibas-ngibas selimut tanda kepanasan. Mahu hidupkan kipas tak boleh disebabkan kaki ammu gamil ada besi. Angin kipas akan menyebabkan kakinya sakit dicengkam kesejukan besi.

Aku sudah empat kali turun daripada katil pergi ke tandas tapi malas nak merayau ke wad lain. Dari wad aku jelas kedengaran suara geng wad paling depan sedang galak bersembang. Ketawa masing-masing begitu keras mungkin penangan syai pekat panas kaw-kaw atau tajuk bersembang mereka malam ni sangat melucukan. Kalau aku lalu depan wad tu konfem geng tu panggil aku ajak pekena syai dan lepak sekali. Aku dah lah 4 kali kencing dari tadi, diorang nak tambah kafein lagi, alamat tak tidur lah aku berulang ke tandas.

Sebentar tadi dr essam datang, lega rasanya dia tengok aku diam atas katil tak menghilang malam ni. Dia ingatkan aku bahawa akan ada staf hospital bersama uruskan hal aku esok pagi.

Sebelumnya ahmad si budak kecik datang ke wad. Nampak je ahmad di muka pintu wad, aku yang tengah layan lagu di iphone abrar terus buat-buat tidur dan sorok iphone. Kalau dia nampak mesti dia ambil pastu nak main, aku lah yang letih nak minta balik dengan dia lepas ni. Malang sungguh nasib aku, kantoi dengan ahmad pura-pura tidur.

"Haa...muhammaad..hehehe"

Ahmad gembira tengok aku tak tidur lagi, terus dia tarik-tarik tangan aku. Aku buat-buat tak layan sambil buat muka mengantuk. Nampak ahmad duk tarik tangan aku, ammu gamil yang tak tidur lagi dari tadi pun panggil si ahmad. Dia sembang-sembang dengan ahmad kejap, cium dahi ahmad sekali pastu suruh ahmad keluar. Fuh, selamat aku!

Haih, tidur lama sangat siang tadi, malam dah tak dapat tidur. Kalau berjaga malam ni pagi esok mesti mengantuk. Takpelah, pandai-pandailah nurse kejut aku esok.

No comments:

Post a Comment