Thursday, October 25, 2012

Kembali ke wad

Telefon berdering. 

Tertera nama dr. essam di skrin telefon. Terus perasaan cuak hadir, kerana aku tahu tujuan dr essam menelefon aku. Sekarang sudah hari sabtu, jam 2.30 petang. Semalam aku keluar dari wad bermula jam 10 pagi sambil berpesan kepada penghuni wad bahawa aku akan pulang ke wad selepas solat jumaat. 

'Fly' asal selama 4 jam dipanjangkan menjadi 28 jam. Soalan dr. essam seperti biasa, aku berada di mana. Tidak semena-mena aku membohongi beliau dengan mengatakan aku baru habis kuliah. Tapi, perkara salah tetap salah. Dr. essam tanya kenapa aku tiada kat wad sejak semalam. Pagi tadi sepatutnya aku ada blood test, dan aku kena bayar 500le untuk barangan apa entah. Jadi aku minta maaf dan bagitau aku akan datang segera.

Lepas maghrib baru aku masuk ke wad balik, semua penghuni wad tanya sebab apa aku lambat walaupun dah kata aku akan balik awal. Ustaz hamadah bagitau aku terlepas blood test dan kalau aku tak datang jugak malam ni mungkin aku akan terlepas operation pada hari isnin. Dia ingatkan aku supaya jangan keluar daripada wad esok hari.

Malu betul aku, rasa bersalah pun ada. Terus aku senyap tak bercakap langsung dalam wad. Tengok aku senyap, ammu gamil tegur aku macam biasa "izayyak za'im..?" Lepas ammu gamil tegur aku, ustaz hamadah pun bersembang balik macam biasa. Tanya aku buat apa balik lama-lama, ada zaujah ke kat rumah. Tanya matawang malaysia, kemudian suruh aku bawa dia ke malaysia guna duit aku sebab dia takde duit. Aku pun layan macam biasa tapi masih segan-segan sebab ada lagi  rasa bersalah.

Ustaz hamadah macam faham yang aku kesunyian kat sini. Dia asyik tanya mana kawan-kawan aku. Kenapa takde yang datang melawat. Sebab tu dia selalu tegur tanya aku macam-macam, supaya aku tak rasa keseorangan.

Aku tak kisah kawan aku tak datang melawat sebab aku faham komitmen masing-masing. Aku pun cuba nak buat macam ustaz abdullah nasih ulwan walaupun di hospital gerak kerja islam tetap berjalan; dengan menulis dan membaca buku. Tapi tu lah, aku tak mampu buat macam tu. Banyak tidur je dan rasa lemah nak muamalat dengan arab sehari dua ni.

No comments:

Post a Comment