Saturday, November 10, 2012

pandang belakang

bulan november 2012, ada spm.

seorang adik sedang mendudukinya masa ini. dan disebabkan yang mengambil peperiksaan ini adik perempuan, datang perasaan mahu menitipkan sesuatu nasihat dan kata semangat. sesuatu yang adik lelaki tak perlukan dari seorang abang, fikirku.

lalu perbualan yang selama ini belum pernah sebegitu lama pun berlangsung. terasa canggung tapi disebabkan aku adalah abang kepada seorang adik perempuan, kutempuhi jua.

kuselitkan lawak-lawak jenaka di celah-celah tips peperiksaan yang aku sendiri tak pernah amalkan, maka terkekek-kekeklah dia ketawa bersama seorang lagi adik perempuanku.

lalu adik perempuanku yang seorang lagi berkata,

"abang macam robot, buat lawak tapi dalam webcam tak ketawa pun. takde perasaan."

begitulah.

dan setiap tahun bila spm, aku teringat balik tahun-tahun yang sudah.

***
suatu hari nanti

mahu melihat kembali tulisan ini. kemudian gelakkan diri sendiri, membaca tulisan dan melihat tahap pemikiran dan kefahaman semasa itu.

***
malu dengan seseorang itu, sisi pandang, daya saingnya, kemahuan dan keazamannya. mencabar sanubari.

No comments:

Post a Comment