Thursday, November 15, 2012

Si Cilik Ahmad


Teringat kat Ahmad dan baba dia, peneman di wad Hospital Universiti Zagazig sebelum ni. Baru umur 5 tahun tapi cakap macam orang tua.

Dalam Wad

"Makan kena baca bismillah. Baba kata kalau kita baca bismillah, akan dapat keberkatan. Rezeki akan mencurah-curah Allah bagi. Nanti kita nak apa Allah akan bagi."

"Makan sampai habis. Jangan membazir. Kalau makan tak habis nanti jadi kawan syaitan."

"Nah, minum syai yang baba buat. Sedap."

Masa lepak tepi tingkap hospital, lepas sembahyang Asar

"Baba cakap kalau kita buat baik kat dunia Allah akan masukkan ke syurga. Kalau ada buat jahat kat orang, Allah akan siksa kat neraka masa hari akhirat nanti."

"Baba cakap lagi, semua akan mati. Askar pun akan mati, walaupun askar hebat, kuat. Polis tu pun akan mati, doktor tu akan mati, saya akan mati, kamu pun akan mati. Kita semua akan mati tak kira kita hebat mana pun."

Betul-betul rasa terkejut masa Ahmad tuju jari telunjuk dia kat muka aku. Terkejut, diingatkan bab kematian oleh sorang budak kecil 5 tahun.

***

Gaza diserang besar-besaran lagi. Rata-rata muslim di luar sana semakin peduli dengan isu Gaza dan umat Islam yang lain. 

Selain beberapa perdebatan berkenaan keperluan untuk memboikot Israel dan para penyumbang ekonomi mereka, timbul persoalan baru selepas semua menjadi peduli- bagaimana mahu menolong? 

Ramai yang seolah-olah pasrah dan hanya berasa kasihan kepada saudara umat Islam di sana, namun hanya mampu mengeluh dan berdoa.

Tidak. Bahkan kita perlukan lebih lagi selain daripada berdoa- ubah diri kita menjadi Muslim yang baik.

Sebagaimana janji Allah dalam al-Quran, "jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan pegangan kamu."

Dr Muhammad Imarah mengatakan dalam kitabnya, falnabda' bi anfusina, bagaimana kita nak tolong agama Allah? 

Jawapannya adalah dengan berjihad melawan hawa nafsu kita. Berjaya melawan nafsu diri, kita akan dapat bangkit menjadi muslim yang sebenar, yang akan suatu masa nanti akan diberikan pertolongan oleh Allah untuk membebaskan seluruh alam ini dari semua bentuk kezaliman dengan cahaya Islam.

Begitulah cara untuk menolong agama Islam ini. Mulakan dengan baiki diri kita dan orang sekeliling.

Moga cahaya Islam menerangi diri dan hidup ini.

No comments:

Post a Comment