Wednesday, August 22, 2012

bertangguh

nama lain bagi malas.

antara perkara yang dididik sejak kecil supaya ditinggalkan. abah paling tidak suka orang bertangguh, tapi akulah anak yang paling kuat bertangguh.

amalan itu melekat kuat menjadi tabiat sehinggakan tindakan dalam kehidupan hari ini banyak terbentuk oleh gaya hidup sejak kecil ini.

sejak dulu lagi, bertangguh dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara dalam aktiviti kehidupan terbawa pula dari sehari-hari hinggalah bertahun-tahun.

1. bertangguh cek lutut. sampai sekarang belum operate. kesannya makin terasa- arthritis mungkin. nak bersukan dan beraktiviti lasak pun terganggu. bila jarang turun ke gelanggang futsal, badan jadi lemah dan banyak tidur.

2. bertangguh kerja. semua gerak kerja terabai dan tertinggal. perancangan tak berjaya dilaksanakan. dikenali sebagai orang yang sembang kencang kerja tak jalan. dan ada lagi kerja 2 sesi lepas yang belum langsai-langsai.

3. bertangguh dalam persaudaraan. mahu ramai kawan tetapi setiap kali mahu menjalin hubungan antara kawan, akan berhenti apabila merasakan bila rapat akan membawa banyak tanggungjawab. niat untuk kenal lebih rapat dengan saudara mara pun terbantut.

4. bertangguh belajar. sering menyebut cinta akan ilmu, tetapi paling malas mencari ilmu. tidak pernah bersungguh dalam menuntut ilmu. kemudian berasa berontakan kepada diri sendiri apabila merasakan banyak ilmu yang diminati tidak dikuasai. paling siksa, melihat orang lain berjaya menjadi orang yang berilmu.

5. bertangguh berubah. masih seronok berada di zon selesa, walaupun tahu kesan kekal di zon ini tidak akan mampu membawa langkah mengorak ke hadapan.

6. bertangguh bertaubat. banyak buat salah sehingga tenggelam dalam keasyikan. sering melambatkan taubat, kerana setiap salah dan silap masih belum tersingkap.

akhirnya, dicop orang sekeliling sebagai pemalas, kuat tidur dan sebagainya.

dengar kata, ubatnya tiada. kecuali 'buat saja'.

No comments:

Post a Comment