Friday, October 12, 2012

hospital 1


Buat urusan untuk pembedahan lutut di hospital universiti. Segala macam penyakit dan pesakit ada. Suasana riuh rendah disebabkan masing-masing berebut untuk dirawat oleh doktor.

Sudahlah seorang diri, birokrasi banyak, asyik kena 'bukroh'. Terasa lemah semangat bila berada dalam situasi sebegitu tambah-tambah dengan orang arab duk bergaduh depan mata dalam hospital.

Tiba-tiba terlihat sorang budak lelaki bersama bapanya masuk ke bilik rawatan dengan siku yang berbalut. Tak lama kemudian mereka keluar dan nampaklah sebatang besi terpacak menembusi kedua-dua belah siku budak tersebut. Kelihatan si bapa menyapu cecair yang ada pada tempat besi keluar daripada siku anaknya dengan tisu. Apa yang membuat aku malu sendirian adalah, budak tersebut langsung tak menangis, mengerang mahupun mengadu kesakitan pada bapanya. Umurnya dalam lingkungan 5 tahun.

Terasa kembali untuk kuatkan semangat diri dan tak mahu kalah kepada budak tadi. Ramai lagi pesakit yang lebih teruk dan kritikal daripada aku. Bilik rawatan dan doktor yang bertugas pula terhad. Arab berebut nak masuk dapatkan rawatan, tak dengar arahan nurse bertugas kemudian bergaduh.

Itulah yang buat aku segan nak masuk dulu. Sebagai penuntut kuliah perubatan di universiti ni aku dapat perkhidmatan percuma dan disebabkan aku pelajar asing para doktor dan nurse beri sedikit layanan istimewa. Hal ni aku nampak telah buat beberapa pesakit tempatan tak puas hati. Doktor sendiri pun aku dapati serba salah nak sebut depan pesakit tempatan lain bila aku tak perlu bayar apa-apa dan hanya perlu tunggu nama dipanggil tanpa berebut untuk dapatkan giliran.

Ada beberapa peristiwa yang menarik perhatian aku.

1. Bapa dan anak
Sorang lelaki ni bawa anak lelaki dia untuk dirawat. Tunggu punya tunggu, dia jadi hilang sabar selepas dimarahi oleh nurse apabila cuba masuk ke bilik rawatan tanpa kebenaran. Dia lepaskan marah dengan tampar dan pukul kepala anak dia.

Sorang mak cik tua yang berada berdekatan perhatikan keadaan tu, terus dia tegur si ayah supaya berhenti pukul anak dia. Dia tanya kat si ayah apa yang dia akan buat kalau dia berada di tempat anak dia sekarang. Mak cik tu soal si ayah kalau perangainya macam ni, apa beza ayah dengan anak, apa gunanya peranan sorang bapa dengan anak yang dilahirkan, dia nak tunjuk contoh apa kepada anak dia? Mak cik tu tanya lagi, bapa kamu dulu layan kamu macam mana. Bertubi-tubi soalan manakala pada masa yang sama sorang lagi lelaki tua yang beratur di belakang si bapa tidak henti menyuruh si bapa bersabar.

Lelaki yang kena marah tu dengar je, dia sebut katalah nak kata apa pun. Dia tak tahan dah. Tapi alhamdulillah dia macam dapat terima nasihat mak cik tu dan tak melenting. Satu bukti aku nampak yang Mesir takde diskriminasi kepada wanita sebagaimana dakwaan barat.

Padahal yang tegur dia tu, mak cik tua. Selekeh je, nampak macam orang kampung tapi sangat berani dan direct.

2. Nurse senior
Masa aku nak gi ambil cop 'takhdir' kat department jantung, kena jumpa nurse kat kaunter dulu. Ada 4 orang nurse kat situ, semua tua-tua dah.

Nurse pertama tanya aku nak apa, tapi tiba-tiba nurse sorang lagi marah. Katanya, tanyalah dalam bahasa inggeris. Dia bukan orang mesir, tak paham soalan ko. Pastu sorang lagi kata dia paham je, tengok respon dia macam dia paham. Sorang lagi pula kata dia tak paham. Pastu bergaduh la sama diorang dalam 2-3 minit sambil aku tengok dan senyum je.

Pelik kenapa diorang tak tanya je terus kat aku paham ke tak, tapi nak berdebat juga sama mereka. Last sekali, aku kata aku boleh je cakap arab sikit-sikit. Senyumlah diorang dan dapatlah aku masuk gi ambil cop.

Jadi kagum lagi aku dengan arab ni pada kemampuan mereka untuk berdebat, tak kira golongan apa pun.

No comments:

Post a Comment