Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Friday, October 12, 2012

hospital 4

"Letih betul".

Urusan nak bedah lutut ni aku mula buat sejak 4/9 hari tu lagi, dah sebulan lebih. Sangat serabut dan patutlah ada senior aku sampai putus asa nak dapatkan rawatan kat sini walaupun free of charge dan dah buat separuh jalan urusan.

Jadi, banyaklah kuliah dan kelas yang aku tertinggal. Bertembung dengan classmates pun segan kadang-kadang.

Kerja lagi lah banyak yang tertangguh, ada yang kawan-kawan terpaksa ganti untuk selesaikan. Aku takut ada antara kawan aku yang tak paham je situasi aku, sebab apa aku kena buat jugak pembedahan ni sekarang dalam fatrah memang semua orang tengah sibuk giler-giler. Berapa ramai yang dah demam dan tengah demam sekarang ni, sebab keletihan.

Tapi nak buat macam mana, dah 4 tahun aku delay urusan ni. Alang-alang dah buat bagi setel terus tambah dengan kaki aku memang sakit betul. Tak boleh nak jalan lama-lama, angkat benda berat semua.

Hari admit
Tunggu di wad pesakit, bangunan pembedahan, bahagian pembedahan orthopedic.

Lepas didaftarkan, aku diminta masuk ke wad tapi aku nak jumpa doktor untuk minta izin balik dan bermalam kat rumah sendiri.

Masa menunggu tu, berkenalan dengan sorang ammu ni, ammu sayyid nama dia. Dia petani, masuk wad sebab kena langgar kereta. Dah 20 hari di wad, masih tunggu turn untuk pembedahan.Dia cerita kat aku macam-macam perkara.

Dah ramai keluar masuk wad ni katanya, beberapa hari lepas yang meninggal pun ada sebab tengkorak pecah. Meremang bulu roma aku. Aku bukan paham sangat pun dia sembang apa, tapi dia macam excited sangat ada teman bersembang aku pun dengar je la. Tengah duk sembang, dia pelawa aku minum syai tapi aku tolak. Dia turun katil, capai tongkat dia dan pergi basuh cawan. Pastu dia buat syai kaw-kaw punya. Segan aku, lemah betul nak menolak bila orang pelawa ni.

Oh, ammu sayyid ni tak tahu malaysia kat mana. Dia ingat aku orang mesir, tapi dari negeri lain. Jenuh aku nak terangkan yang aku dari luar mesir, jauh dan datang dengan kapal terbang. Sampai sekarang pun aku tak pasti dia tahu ke tidak aku ni Malizi.

Dia ada masalah pendengaran sikit, orang lain semua guna nada menjerit bila bercakap dengan dia. Aku pulak takkan nak menjerit jugak, ammi tunggang langgang. Malu nak cakap kuat-kuat.

Dia ada bawa anak dia temankan, nama ahmad umur 4 tahun. Hari 1st dan 2nd aku duk melayan si ahmad ni lah. Letih giler, tak berhenti bercakap aku nak tidur pun dia kacau. Ammu sayyid pula sampai turun katil dan keluar dari hospital gi beli buku tulis dan pensel, suruh aku ajar ahmad alif ba ta. Harapannya ahmad pandai tulis nama penuh dengan bin sekali.

Tapi malam tu aku serius tak tahan dah, letih layan ahmad sebab seharian bercakap bahasa arab. Kawan-kawan takde datang teman/melawat. Jadi, tengah ahmad duk menulis alif ba ta dalam buku dia, aku pun blah dan lari keluar dari hospital.

Esoknya dr essam call aku tanya gi mana, dan dia suruh aku balik hospital. Kemudian aku dipindahkan ke wad lain. Lega rasanya tapi rasa bersalah pulak kat ammu sayyid. Masuk wad baru pun sama jugak, semua arab nampak aku je mesti panggil. Letih aku nak layan diorang bersembang sampai habis.

Rasa nak fly hari-hari je dari hospital ni.

hospital 3


"Orang Arab mesti tahu semua pasal Islam".

Antara kenyataan ataupun kefahaman biasa sesetengah muslim yang bukan berbangsa Arab.

Beberapa hari di hospital ni aku macam jadi faham lebih pasal arab mesir ni dan budaya mereka
berbanding 4 tahun selama ni.

Ye lah, mula-mula sampai dulu senior yang sambut. Masuk rumah, semua ahli rumah adalah melayu. Kawasan kejiranan pun ramai melayu. Bergaul kat kuliah sama melayu, bersembang kat masjid sama melayu.

Rasa macam isolated giler, patutlah arab sini macam benci kat melayu(yang duduk sekali lah). Dah lah duduk negeri orang, pastu bergaul sama sendiri je. Dah tu buat pulak banyak program sendiri tak muamalat dengan masyarakat sekeliling.

Antara bukti mudahnya, dah 4 tahun aku menyewa di rumah yang sama tapi nama jiran arab depan rumah pun aku tak tahu. Kawan aku yang lain pun aku yakin sama je macam aku.

Tapi 3 hari di hospital ni buat aku terfikir apa yang aku dapat duduk di mesir.

Bahasa aku lemah, walaupun arab dalam wad ni asyik puji je kata arab aku bagus. Makanan arab haram tak boleh masuk tekak lagi. Setiap kali arab pelawa makan aku jadi tak selesa. Bila bersembang lama sikit dengan arab aku akan blah, sebab tak selesa jugak.

Maknanya walaupun dah 4 tahun kat sini aku sebenarnya tak adapt lagi dengan suasana dan budaya mesir. Sebab selama ni aku seolah-olah duduk dalam negara kecil malaysia di mesir, bila takde orang melayu bersama mulalah rasa tak selesa padahal laungan di mulut kita semua sama. Saudara seislam dan seagama.

Teringat pesan syeikh atiyyah salim kat aku baru ni, masa mula-mula kena admit bersama zaujah dia,
"kalau setiap minggu ko peruntukkan 15 minit je untuk belajar/muamalah dengan arab insyaAllah dapat mantapkan bahasa ko".

Cakap soal islam pulak, memang arab mesir ni dibesarkan oleh suasana al quran dan agama. Rata-rata pesakit yang aku tengok kat wad ni boleh sembang bab agama.

Ramai yang hafal hadis dan quran. Tapi pengamalan sama je dengan melayu. Contoh pagi tadi, sorang pun takde jemaah subuh. Yang pada malamnya duk kencang sembang pasal khutbah jumaat lah apa lah, subuh pun tak bangun.

Dan bila aku cuba buka perbincangan pasal revolusi dan dr mursi mereka tak berapa nak layan. Respon aku kata rakyat mesir berani dengan rujuk kepada revolusi mereka tak setuju. Bacaan aku, mereka tak faham apa aku cuba cakap dan mungkin beberapa orang kalangan mereka adalah salafi(sebab aku rasa salafi tak suka IM).

Analogi yang aku boleh bagi untuk arab mesir kat sini macam budak sekolah agama kat malaysia lah. Sejak kecil didedahkan dengab agama, tapi tidak ditekankan pada kefahaman islam yang sebenar dan menyeluruh. Dan jadilah produk sekolah agama macam orang yang tak beragama.

Cuma aku tak nafikan, ada dari kalangan mereka di wad ni yang betul-betul faham dan aku pun masih belajar mengukuhkan kefahaman tentang islam.

hospital 2

Sorang diri kat hospital, ditemani pesakit-pesakit arab yang lain.

Bersembang dengan hampir semua pesakit dalam wad ni dan wad sebelah. Kebanyakan mereka berlatar belakangkan petani.

Ada seorang syeikh salafi nama syeikh hamadah, banyak bersembang dengan aku, tolong simpankan makanan masa aku 'fly' dari wad, setiap malam bagi syawarma kibdah, bacakan hadis dan tak henti doakan aku. Kena marah sekali sebab aku 'fly' pagi tadi tak bagitau dia. Seharian dia dan pesakit lain cari aku.

Antara mafhum hadis yang dibaca: doa seorang saudara kepada saudara muslimnya yang lain secara rahsia adalah mustajab. Dia minta aku doakan dia tiap kali selepas solat.

Macam-macam makanan arab aku paksa makan sebab dipelawa mereka, tokmiyah, kibdah, ish, gibnah, ful, salatah, jeruk sayur tu... Tiap kali mereka nak makan aku akan keluar takut kena paksa makan. Dah la kalau makan tak habis kena marah.

Banyak lagi tak paham arab ammi, tapi dah letih dah nak melayan arab bersembang. Dari pagi sampai malam asyik bersembang je arab ni. Tu aku tensen tu, tak larat nak melayan.

Doktor pukul 10 mlm baru sampai, nasib baik aku stay tak blah awal malam ni. Ingat nak lari jugak tapi tunggu esok lah, doktor pun tengah round lagi.

Sempat study 1 chapter ENT dengan habiskan separuh buku al-fateh. Ingat esok nak mula hafal quran tapi rasa tak sedap hati. Kawan-kawan semua tengah sibuk giler dengan macam-macam program, tapi aku macam bercuti pulak kat hospital ni. Kuliah tak pergi. Jadi pening pulak nak buat pertimbangan, doktor tak bagi keluar wad, tapi masa free banyak kat hospital. Nak pegi kuliah boleh tapi takut kawan-kawan lain tanya kenapa tak tolong program pulak. Last skali baik aku duduk hospital dua-dua tak pergi. Tapi serius hati tak tenang stay kat wad ni, rasa nak keluar balik salam saidnawi terus je dan bantu apa yang patut.

Tolonglah operation aku hari isnin ni tak delay, tak tahan dah keadaan macam ni, dengan kuliah dan kerja bertimbun tapi takde orang.

Hmm...tido dulu lah. Nasib baik abrar bagi pinjam iphone dia, boleh wat diari hospital~

hospital 1


Buat urusan untuk pembedahan lutut di hospital universiti. Segala macam penyakit dan pesakit ada. Suasana riuh rendah disebabkan masing-masing berebut untuk dirawat oleh doktor.

Sudahlah seorang diri, birokrasi banyak, asyik kena 'bukroh'. Terasa lemah semangat bila berada dalam situasi sebegitu tambah-tambah dengan orang arab duk bergaduh depan mata dalam hospital.

Tiba-tiba terlihat sorang budak lelaki bersama bapanya masuk ke bilik rawatan dengan siku yang berbalut. Tak lama kemudian mereka keluar dan nampaklah sebatang besi terpacak menembusi kedua-dua belah siku budak tersebut. Kelihatan si bapa menyapu cecair yang ada pada tempat besi keluar daripada siku anaknya dengan tisu. Apa yang membuat aku malu sendirian adalah, budak tersebut langsung tak menangis, mengerang mahupun mengadu kesakitan pada bapanya. Umurnya dalam lingkungan 5 tahun.

Terasa kembali untuk kuatkan semangat diri dan tak mahu kalah kepada budak tadi. Ramai lagi pesakit yang lebih teruk dan kritikal daripada aku. Bilik rawatan dan doktor yang bertugas pula terhad. Arab berebut nak masuk dapatkan rawatan, tak dengar arahan nurse bertugas kemudian bergaduh.

Itulah yang buat aku segan nak masuk dulu. Sebagai penuntut kuliah perubatan di universiti ni aku dapat perkhidmatan percuma dan disebabkan aku pelajar asing para doktor dan nurse beri sedikit layanan istimewa. Hal ni aku nampak telah buat beberapa pesakit tempatan tak puas hati. Doktor sendiri pun aku dapati serba salah nak sebut depan pesakit tempatan lain bila aku tak perlu bayar apa-apa dan hanya perlu tunggu nama dipanggil tanpa berebut untuk dapatkan giliran.

Ada beberapa peristiwa yang menarik perhatian aku.

1. Bapa dan anak
Sorang lelaki ni bawa anak lelaki dia untuk dirawat. Tunggu punya tunggu, dia jadi hilang sabar selepas dimarahi oleh nurse apabila cuba masuk ke bilik rawatan tanpa kebenaran. Dia lepaskan marah dengan tampar dan pukul kepala anak dia.

Sorang mak cik tua yang berada berdekatan perhatikan keadaan tu, terus dia tegur si ayah supaya berhenti pukul anak dia. Dia tanya kat si ayah apa yang dia akan buat kalau dia berada di tempat anak dia sekarang. Mak cik tu soal si ayah kalau perangainya macam ni, apa beza ayah dengan anak, apa gunanya peranan sorang bapa dengan anak yang dilahirkan, dia nak tunjuk contoh apa kepada anak dia? Mak cik tu tanya lagi, bapa kamu dulu layan kamu macam mana. Bertubi-tubi soalan manakala pada masa yang sama sorang lagi lelaki tua yang beratur di belakang si bapa tidak henti menyuruh si bapa bersabar.

Lelaki yang kena marah tu dengar je, dia sebut katalah nak kata apa pun. Dia tak tahan dah. Tapi alhamdulillah dia macam dapat terima nasihat mak cik tu dan tak melenting. Satu bukti aku nampak yang Mesir takde diskriminasi kepada wanita sebagaimana dakwaan barat.

Padahal yang tegur dia tu, mak cik tua. Selekeh je, nampak macam orang kampung tapi sangat berani dan direct.

2. Nurse senior
Masa aku nak gi ambil cop 'takhdir' kat department jantung, kena jumpa nurse kat kaunter dulu. Ada 4 orang nurse kat situ, semua tua-tua dah.

Nurse pertama tanya aku nak apa, tapi tiba-tiba nurse sorang lagi marah. Katanya, tanyalah dalam bahasa inggeris. Dia bukan orang mesir, tak paham soalan ko. Pastu sorang lagi kata dia paham je, tengok respon dia macam dia paham. Sorang lagi pula kata dia tak paham. Pastu bergaduh la sama diorang dalam 2-3 minit sambil aku tengok dan senyum je.

Pelik kenapa diorang tak tanya je terus kat aku paham ke tak, tapi nak berdebat juga sama mereka. Last sekali, aku kata aku boleh je cakap arab sikit-sikit. Senyumlah diorang dan dapatlah aku masuk gi ambil cop.

Jadi kagum lagi aku dengan arab ni pada kemampuan mereka untuk berdebat, tak kira golongan apa pun.