Friday, October 12, 2012

hospital 3


"Orang Arab mesti tahu semua pasal Islam".

Antara kenyataan ataupun kefahaman biasa sesetengah muslim yang bukan berbangsa Arab.

Beberapa hari di hospital ni aku macam jadi faham lebih pasal arab mesir ni dan budaya mereka
berbanding 4 tahun selama ni.

Ye lah, mula-mula sampai dulu senior yang sambut. Masuk rumah, semua ahli rumah adalah melayu. Kawasan kejiranan pun ramai melayu. Bergaul kat kuliah sama melayu, bersembang kat masjid sama melayu.

Rasa macam isolated giler, patutlah arab sini macam benci kat melayu(yang duduk sekali lah). Dah lah duduk negeri orang, pastu bergaul sama sendiri je. Dah tu buat pulak banyak program sendiri tak muamalat dengan masyarakat sekeliling.

Antara bukti mudahnya, dah 4 tahun aku menyewa di rumah yang sama tapi nama jiran arab depan rumah pun aku tak tahu. Kawan aku yang lain pun aku yakin sama je macam aku.

Tapi 3 hari di hospital ni buat aku terfikir apa yang aku dapat duduk di mesir.

Bahasa aku lemah, walaupun arab dalam wad ni asyik puji je kata arab aku bagus. Makanan arab haram tak boleh masuk tekak lagi. Setiap kali arab pelawa makan aku jadi tak selesa. Bila bersembang lama sikit dengan arab aku akan blah, sebab tak selesa jugak.

Maknanya walaupun dah 4 tahun kat sini aku sebenarnya tak adapt lagi dengan suasana dan budaya mesir. Sebab selama ni aku seolah-olah duduk dalam negara kecil malaysia di mesir, bila takde orang melayu bersama mulalah rasa tak selesa padahal laungan di mulut kita semua sama. Saudara seislam dan seagama.

Teringat pesan syeikh atiyyah salim kat aku baru ni, masa mula-mula kena admit bersama zaujah dia,
"kalau setiap minggu ko peruntukkan 15 minit je untuk belajar/muamalah dengan arab insyaAllah dapat mantapkan bahasa ko".

Cakap soal islam pulak, memang arab mesir ni dibesarkan oleh suasana al quran dan agama. Rata-rata pesakit yang aku tengok kat wad ni boleh sembang bab agama.

Ramai yang hafal hadis dan quran. Tapi pengamalan sama je dengan melayu. Contoh pagi tadi, sorang pun takde jemaah subuh. Yang pada malamnya duk kencang sembang pasal khutbah jumaat lah apa lah, subuh pun tak bangun.

Dan bila aku cuba buka perbincangan pasal revolusi dan dr mursi mereka tak berapa nak layan. Respon aku kata rakyat mesir berani dengan rujuk kepada revolusi mereka tak setuju. Bacaan aku, mereka tak faham apa aku cuba cakap dan mungkin beberapa orang kalangan mereka adalah salafi(sebab aku rasa salafi tak suka IM).

Analogi yang aku boleh bagi untuk arab mesir kat sini macam budak sekolah agama kat malaysia lah. Sejak kecil didedahkan dengab agama, tapi tidak ditekankan pada kefahaman islam yang sebenar dan menyeluruh. Dan jadilah produk sekolah agama macam orang yang tak beragama.

Cuma aku tak nafikan, ada dari kalangan mereka di wad ni yang betul-betul faham dan aku pun masih belajar mengukuhkan kefahaman tentang islam.

No comments:

Post a Comment